tip tap tip tap (jam aku bunyik camtu sbb bateri dah weak).kejap je mase berlalu. dah besar pn daku ni. besar dari umur dan jugak saiz. banyak benda yang bermain kat minda ni (ayat sastera la plak, tak blh blah). esp. time waktu kecik2 dulu n waktu zaman sekolah. oleh sbb aku dah keje, aku rase zaman sekolah tu sbenarnye. padahal mase zaman sekolah sibuk nak keje sbb taknak ngadap buku lagi. nak muntah rasenye. uwek uwek. tak nak tgk buku lagi macam la daku ni dah terer sangat plak kan.
zaman sekolah rendah daku tak berape ingat la. sbb mase daku darjah tiga, daku punye kening terhantuk kat bucu pintu n kenangan mase darjah 3 sampai darjah 6 tak hingat langsung (alasan je ni). tapi mase tadika daku ingat la plak sket2. selalu je jadik ketua sbb gila kuasa sangat sampai cikgu pn dok malas nak layan n bagi can la kan. kang cikgu kena baling "selipar" ngan aku naya je kan. yang penting aku sayang banyak juta kat cikgu tadika daku tu.
bila masuk tingkatan 1, aku kat sek. asrama. eh. asrama la kat melaka. mula2 sangat boring. tapi aku dapat sorang akak angkat (nape bukan abang angkat sbb aku ni golongan menggeletis tak hengat la kan)..ngaku la plak. aku ni aktif bersukan, aktif bercakap dan juga aktif makan. kat sekolah aku bukan golongan "hot" maupn 'cool'. aku hanya insan biasa. ewah ewah. aku bkn lawo pn. hidung pn kembang tapi bersyukur la dgn ape yang tuhan bagi iye tak. tapi nasib baik la ade gak org nak kat aku ni. heeeee....
kat sekolah menengah, aku mmg pemalas. aku cume rajin tang gosip. n menganyam ketupat yang tak siap2 sampai sekarang. aku yang suka carik kawan n ajak bergosip. oleh kerana aku malas belaja, aku mmg suka la nak merayap gi kelas org. kalo prep pagi tu (*prep tu ialah preparation class selalunya bagi budak2 yang duduk asrama), mmg boring gile la kan nak bukak buku. so aku dengan konpidennye bukak la pencil box n ape2 yang ade utk buat card. kan aku dah cakap aku ni pemalas.huuu.. aku suke wat2 card utk org ni. mane aku kesah lawa ke tak. aku budget kad aku wat tu lawa je la kan.senang cite. kalo aku boring lagi, aku akan pegi klas membe2 aku yang tgh study tu (mmg bunyik kasut aku tak hengat la sbb aku beli kasut sekolah warna hitam macam alal2 boot gitu). ketak ketak ketak ketak (bunyik kasut aku). itu mmg rutin harian aku. yang paling aku ingat ialah keje aku yang selalu carik gaduh esp ngan budak lelaki sampai ade sorang budak laki ni (bkn hensem pn) baling kasut dia kat aku n aku wat2 pengsan (sbb nak cover malu punye pasal). mmg bengong la mase ni. pastu sbb xde prince charming datang menolong (kan aku cakap aku tak 'hot' pn), aku bole bangun plak lps tu. kah kah. bodoh gile bile ingat.
bile masuk 'u' plak (malas pn bole masuk 'u', pelik bin ajaib ni), same je aku punye tahap kemalasan tu. cume tahap keburukan lantak aku tu makin meninggi. mase tu aku ade membe yang mmg selalu beli lauk kat cafe ngan aku. diorang pn nak pengsan tgh polisterin aku ye. mane taknye. nasik kompom ade,pastu ade ikan keli (aku peminat ikan keli no.1 di malaysia), ade ayam besar, ade sayur n benda2 lain jugak (malu plak nak sebut). padahal sebelum tu dah beli bihun goreng campur lauk yang kuantiti macam 5 org makan. gile tak hengat. aku punye ketaksuban kat ikan keli tu sampai aku blh tggu makcik cafe tu memproses ikan2 kelinye daripada dia siang ikan tu n sampai masak. kalo dia ajak aku gi pasar tolong beli ikan tu sekali pn aku sanggup la. btul wa cakap lu.i love u, ikan keli. kalo letak nama anak "KELI" tak best plak la kan.
terstuck kejap. idea2.. please come back (sila buat suara kate panggil jack mase kapal titanic tu dah karam n suara dia macam nak xnak kuar tu). ok.datang dah. aku punye la tak hot sampai membujang (maknenye takde orang nak la) sampai la aku dah final year baru la ade sorang ni berkenan kat aku. (ke aku jumpe bomoh ni? kah kah.) mane baik wat gitu la. dosa. dia mmg suke kat aku sbb aku ni banyak wayar putus kot. ape2 pn, terima kasih tak terhingga kepada suamiku kerana sudi bersama saya ye!). chewahhhh... (dah puji ni belikan la beg coach besar satu!).
aku mmg suke zaman sekolah aku. zaman keje pn best jugak sbb aku mmg suke berkawan n aku mmg tak berubah sampai sekarang. btul tak kawan???? (sila jawab dalam hati.). ade tempat keje yang tak menensionkan dah cukup besar nikmat dariNya.
yang paling penting:
AKU SAYANG KAWAN2KU.
Thursday, 29 March 2012
saje nak testing la kan
hadoi la.menggigil tangan aku le nak memblog berbagai ni.bukan terer pn. saje je tengok org wat blog, aku pn nak.tgk org bergosip, aku pn nak.kalo tgk diorang terjun bangunan, aku x nak la kan.
kalo blogger lain comel2, ade yang model, ade yang meniaga, ade yang suri rumah, aku ni keje jual ubat je. tapi bukan ubat kuat, pil makjun anak dara ke, bukan . bukan. keje aku bukan gi dok tepi jalan buat demo, "bang, kalo nak bagi bini, terangkat, angkat pil saya bang!" . aku bukan jual ubat itu. aku jual ubat yang diluluskan oleh KKM sahaja. ape itu KKM??? kalo tak rajin nak google, meh la aku bgtau. bkn bayar pn.
KKM ialah Kementerian Kesihatan Malaysia. Sbenarnye ubat2 yang dijual kat sini bkn yang dibuat dari Malaysia je hokey. tak cukup kilang la kalo nak buat sume ubat kat sini. yang diimport dari luar pn ade tapi dan kena mendapat kelulusan untuk dijual di Malaysia baru bole jual kat sini (melalui kilang ubat yang berdaftar di Malaysia la kan).
kalo kita nak beli ubat kat mana2 (mesti la kedai ubat kan), pastikan ade no. pendaftaran ubat tu contoh: MAL******X, MAL******T (* itu ialah no yang dikeluarkan oleh KKM, tak kesah no ape pn diorang nak bagi. hujung yang blakang selalu ade T, atau A, atau X atau sebagainya.
T tu kalo ubat tu persediaan tradisional (maknanya yang mengandungi herba2), X tu maknanya ubat tu boleh dibeli di farmasi (tanpa prescription doktor) dan A tu maknanya ubat beracun. opssss!!!! bole ke makan ubat beracun. mati karang naya je. kain putih tak beli lain. bukan bukan.. beracun tu yang selalu diorang tepek sticker kat plastik ubat yang doktor bagi tu (POISON @ CONTROLLED MEDICINE). warna merah selalunya yang diorang tepek sticker tu. jangan la takut2 nak makan ubat tu.bukan racun pn. ubat tu diklasifikasikan sebagai racun sbb ubat tu kena ambil daripada doktor.maknanye doktor check kita tgk ape sakit kita n dia pn bagi ubat tu. mmg requirement untuk bagitau pesaki bahawasanya ubat itu ialah POISON. ni tak sama tau dgn 'RAT POISON". jangan konpius plak.
Mane aku tau semua ni? mesti la kena tau..sbb aku jual ubat. OMG! aku bkn jual ubat, aku meng'register' ubat kejenya. aku keje kat company ubat kat Malaysia ni dan mmg aku yang kena pastikan ubat tu bagus dan berkualiti untuk diregister. chewahhh..
ni yang aku nak kongsi sikit2 dulu. nanti2 aku mmg nak tulis lagi.ade org nak baca ke, xde ke, ade aku kesah. huhuhu. yang penting aku nak berkongsi ilmu ubat2an ni.lebih afdal la kan dari simpan sorang2. yehuuuu....
Subscribe to:
Comments (Atom)