hadoi la.menggigil tangan aku le nak memblog berbagai ni.bukan terer pn. saje je tengok org wat blog, aku pn nak.tgk org bergosip, aku pn nak.kalo tgk diorang terjun bangunan, aku x nak la kan.
kalo blogger lain comel2, ade yang model, ade yang meniaga, ade yang suri rumah, aku ni keje jual ubat je. tapi bukan ubat kuat, pil makjun anak dara ke, bukan . bukan. keje aku bukan gi dok tepi jalan buat demo, "bang, kalo nak bagi bini, terangkat, angkat pil saya bang!" . aku bukan jual ubat itu. aku jual ubat yang diluluskan oleh KKM sahaja. ape itu KKM??? kalo tak rajin nak google, meh la aku bgtau. bkn bayar pn.
KKM ialah Kementerian Kesihatan Malaysia. Sbenarnye ubat2 yang dijual kat sini bkn yang dibuat dari Malaysia je hokey. tak cukup kilang la kalo nak buat sume ubat kat sini. yang diimport dari luar pn ade tapi dan kena mendapat kelulusan untuk dijual di Malaysia baru bole jual kat sini (melalui kilang ubat yang berdaftar di Malaysia la kan).
kalo kita nak beli ubat kat mana2 (mesti la kedai ubat kan), pastikan ade no. pendaftaran ubat tu contoh: MAL******X, MAL******T (* itu ialah no yang dikeluarkan oleh KKM, tak kesah no ape pn diorang nak bagi. hujung yang blakang selalu ade T, atau A, atau X atau sebagainya.
T tu kalo ubat tu persediaan tradisional (maknanya yang mengandungi herba2), X tu maknanya ubat tu boleh dibeli di farmasi (tanpa prescription doktor) dan A tu maknanya ubat beracun. opssss!!!! bole ke makan ubat beracun. mati karang naya je. kain putih tak beli lain. bukan bukan.. beracun tu yang selalu diorang tepek sticker kat plastik ubat yang doktor bagi tu (POISON @ CONTROLLED MEDICINE). warna merah selalunya yang diorang tepek sticker tu. jangan la takut2 nak makan ubat tu.bukan racun pn. ubat tu diklasifikasikan sebagai racun sbb ubat tu kena ambil daripada doktor.maknanye doktor check kita tgk ape sakit kita n dia pn bagi ubat tu. mmg requirement untuk bagitau pesaki bahawasanya ubat itu ialah POISON. ni tak sama tau dgn 'RAT POISON". jangan konpius plak.
Mane aku tau semua ni? mesti la kena tau..sbb aku jual ubat. OMG! aku bkn jual ubat, aku meng'register' ubat kejenya. aku keje kat company ubat kat Malaysia ni dan mmg aku yang kena pastikan ubat tu bagus dan berkualiti untuk diregister. chewahhh..
ni yang aku nak kongsi sikit2 dulu. nanti2 aku mmg nak tulis lagi.ade org nak baca ke, xde ke, ade aku kesah. huhuhu. yang penting aku nak berkongsi ilmu ubat2an ni.lebih afdal la kan dari simpan sorang2. yehuuuu....
No comments:
Post a Comment